Saturday, August 29, 2015

BERSIHKAN JIWA ANDA : MERDEKA

at 7:45 PM
Assalamualaikum

Rupa-rupanya hari Isnin ini cuti yeayyyy... haha betapa ignorance'nya' aku. Aku tak ingat langsung Isnin ni 31 Ogos. Seronok tau bila cuti umum jatuh pada Isnin, dan Sabtu & Ahad pun adalah cuti double yeayyyy.

Malam tadi, Jumaat malam Sabtu, aku pergi sekolah. Sekolah tempat aku mengajar tu dalam kawasan kampung, kampung tu pula kecik jugaklah. Murid-murid sekolah kami rata-ratanya memang budak-budak kampung tu, sebab itulah murid-murid sekolah kami tak ramai, ala-ala SKM (sekolah kurang murid) gitu.

Malam tadi kampung tu buat majlis sambutan kemerdekaan peringkat kampung, dan murid sekolah kami dijemput untuk buat persembahan. Murid-murid tadika KEMAS yang dekat situ pun dijemput juga. Last minute jugak la mereka bagitahu pasal suruh buat persembahan ni, Selasa lepas, sedangkan 3 hari selepas tu terus buat persembahan. GB pula, macam biasa, suruh aku in charge hehehee... I kan rajin kalau benda-benda macam ni.

Jadi, hari Rabu, dalam tengah hari gitu, lepas habis waktu persekolahan, sibuklah aku menonton YouTube kut-kut ada persembahan sempena hari merdeka yang sekolah-sekolah lain buat. Banyak jumpa yang best-best, tapi sebab masa nak prepare takde sangat, terpaksa akur saja dengan persembahan yang simple. 

Mula-mula budak-budak baca sajak seorang demi seorang, lepas sorang baca sajak, orang itu akan baring di pentas dan pura-pura mati. Kemudian orang kedua naik pentas baca sajak, then habis sajak dia akan baring atas pentas dan pura-pura mati & begitulah sampai orang ke-7.

Tapi orang keempat tak mati, dia pangku orang ke-3 yang mati tu. Orang ke-5 & ke-6 pun tak mati, mereka ada di kiri dan kanan pentas sedang acah-acah tembak guna senapang mainan. Orang ke-7 pula kibar bendera di tengah-tengah.

Makanya siaplah TUGU NEGARA kami hehee... amacam... kreatif tak idea last minute aku?

Lepas tu, konduktor yang ada di bawah pentas (hem... ada konduktor jugak kahkahkah) akan bagi arahan supaya mereka buat bentuk segitiga atas pentas. Nyanyi lagi sehati sejiwa yang tengah HOT sekarang ngeh ngeh ngeh... tiba-tiba aku sebagai cikgu yang melatih mereka rasa sangat genius weehuuuu...

Budak-budak ni berkeras nak ada konduktor yang bertindak sebagai pemberi arahan di bawah pentas, yalah, sebab dah terikut-ikut dengan cara persembahan mereka dalam bicara berirama. 

Nanti jap lagi aku upload gambar k. Gambar ada dalam Note aku.

Tajuk entry kemain lagi kahkahkah...


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei