Friday, May 15, 2015

APA YANG CIKGU MAHU

at 4:21 PM
Assalamualaikum

Esok Hari Guru. 16 Mei 2015. Nasiblah Hari Guru jatuh pada hari Sabtu. Patutnya Hari Guru itu diisytiharkan sebagai cuti umum, dan sebab jatuh pada Sabtu, maka Isnin kita cutiiiiii yeaaaahhhhhh...

...err...jangan mimpilah. Ok, back to topic. Baeklah baeklah. 

Ni ada entry lagi mengenai idea-idea hadiah hari guru. Saya bahagikan entry kali ini pada kategori. 

Kategori APA YANG CIKGU MAHU & APA YANG CIKGU TAK MAHU

Mari kita tengok apakah hadiah hari guru kategori APA YANG CIKGU MAHU dalam masa yang sama bajet murah kebaboom yang boleh anda bagi cikgu-cikgu anda atau cikgu-cikgu anak anda.

Trust me. I'm a teacher. Tentu saja saya tahu apa yang terbaik yang boleh diberi pada cikgu-cikgu. 


1. Epal! Sebiji epal harga lebih kurang 70 sen - RM1. Kad tu boleh buat sendiri. Tak nak epal, boleh guna buah lain, cthnya limau ke, pear ke, pisang ke.





2. Biskut in a jar. Beli bekas harga murah kat kedai RM2 tu, lepas tu buat biskut sendiri (lagi murah kalau buat sendiri) atau letak saja coklat atau gula-gula dalam balang tu. Letak sticker, ikat tali ala tali kapal macam gambar kat bawah ni. Tali kat bawah tu aku pernah beli kat kedai yang jual manik-manik buat sulam baju. 




3. Ini memang bajet murah haha... letak saja milo peket atau vico peket. Atau teh uncang, atau kopi peket. Comel kan. 



4. Haa... ini aku pernah bagi tahun lepas. Highlighter. Aku beli satu set highlighter murah harga dalam RM2.50 (ada 4 batang dalam tu). Bagi kat semua cikgu anak-anak buah aku. Kos lebih kurang RM50 (sebab bagi semua cikgu). Yang penting kata-kata pada kad tu...

you're the "hi-lite" of my day!



5. Biskut lagi. Yeayyy...



6. Dan coklat...



7. Pembaris. Letak la kad yang kate, "YOU RULE!". Haa... comey gitu.


Yang penting, bajet rendah sebab selalunya bukan nak bagi seorang kan. 

Selain itu, antara yang takde dalam gambar, tapi yang pasti cikgu-cikgu akan hargai sangat-sangat:

IKAN MASIN : kawan aku pernah dapat dan dia suke sangat. Sebungkus dia makan kat rumah, sebungkus kami cikgu-cikgu kongsi makan kat sekolah. Sedap tau. Nak nanges terharu bila dapat hadiah macam ini.

PEN MERAH / MARKER PEN barang sebatang dua: serius sangat berguna. Dalam banyak-banyak hadiah macam mug, gelas, frame gambar, PEN adalah yang paling berguna. 

KEK / BISKUT homemade: selalu sangat dapat dan aku sukeeee... sebab kalau homemade selalunya sedap. Biskut makmur pernah aku dapat dan serius sedap betul rasanya, lain dari yang aku selalu makan.

POST-IT-NOTES: jenis yang murah-murah kat Daiso, Mr.DIY tu, itu memang kami cikgu pakai banyak sekarang. Almaklum kami sekarang sedang praktikkan sistem PARKING LOT (komen dari murid-murid). 

Rasanya sampai itu sajalah kut. Banyak lagi aku cari tadi, tapi nanti jadi terlebih panjang pula entry ini.

K. Sekian. Bye.

Selamat Menyambut Hari Guru esok.

SAYANGI GURU ANDA cewaahhhh...





0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei