Sunday, April 19, 2015

hadiah hari guru

at 12:55 PM
Assalamualaikum

Sebenarnya dulu aku pernah buat entry mengenai hal ini. Cadangan hadiah hari guru.

Tapi sebab aku dah delete semua entry lama-lama, maka terpaksalah aku buat entry baru mengenai hal yang sama. Cadangan aku ini tentunya yang murah-murah saja sebab yalah, budak-budak sekarang nak bagi hadiah bukan nak bagi kat seorang cikgu saja. Tapi perlu diingat, tak WAJIB  ya bagi hadiah sempena Hari Guru pada cikgu-cikgu. Ini saja untuk suka-suka saja.


Cikgu-cikgu sebenarnya tak nak hadiah yang mahal-mahal. Bagi pembaris macam ini pun sudah cukup sebab kami cikgu ni, selalu 'kehilangan' alat tulis. Aku pun tak tahu kenapa alat tulis selalu hilang. Pemadam, pensel, pembaris, tiap bulan mesti yang baru. Jadi, kalau korang nak bagi hadiah alat tulis tu, Ya Allah memang kami alu-alukan.


Ni satu lagi. Pun alat tulis. Sticker pun kami cikgu terima sebab kami memang guna sticker untuk hias-hias buku RPH kami. Err... tak semua cikgulah tapi sticker itu memang SANGAT BERGUNA.




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei