Saturday, February 21, 2015

filem & drama; tentang guru

at 6:34 PM
Assalamualaikum

Ada tak peminat cerita Korea dan Jepun kat sini? Angkat tangan. Haip! Aku pun peminat cerita Korea dan Jepun gak agagagaa...

Dulu-dulu masa study, minat sangat dengan drama bersiri Jepun. Aktor kesukaan aku siapa lagi kalau tak Takuya Kimura. Paling best cerita dia jadi pilot, dalam cerita tu dia kapel ngan jurutera kapal terbang. 



Maklum, aku kan amek engineering, harus ada perasan terlebih di situ kengkononnya watak heroin tu macam samalah dengan hidup aku kahkahkah... part engineering tu je yang sama. Part muka cantik tu tak sama hahaa...

Lepas tu aku terjebak dengan cerita Korea. Mula-mula aku tengok rasanya The Phone. Filem. 


Kawan aku ajak tengok kat cineplex. Masa tu kami beraya rumah kawan-kawan, lepas tu tak tahu nak pegi raya mana lagi, kami rayalah kat cineplex. Aku ni bukanlah spesis suka pegi cineplex sebab bagi aku rugi tengok cerita kat wayang macam tu. Untung lagi beli CD, boleh tengok pat nam lapan kali kat laptop. Tapi sebab kawan dah ajak, jadi kitorang pegilah tonton ramai-ramai. Ladies day gitew. Sungguhpun menonton ramai-ramai, terjerit jugak aku dalam panggung wayang tu haa ambik kau! Part paling seram dalam cerita The Phone tu masa heroin tu discover mayat student pompuan melekat kat dinding. Tangan mayat tu attach kat handphone. Rambut mayat tu pandai panjanglah pulak. Tah teori DNA mana cerita tu pakai, boleh pulak rambut orang mati pandai tumbuh panjang gitu.

Then kat kampus sape tah suruh aku tengok JuOn. Gila seram okay. Menjerit-jerit ketakutan aku dan BFF aku dalam bilik. Dahlah duduk kolej kediaman hahaa.

Kemudian, jumpa pulak bilik student yang buat perkhidmatan sewa CD. CD apa kau cakap je. CD Korea, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, semua ada. Aku apalagi, sewa hari-hari. Murahlah dia bagi. Satu CD 50 sen. Kalau cerita tu ada 2 CD, singgitlah kadar sewaannya. Tempoh sewaan ialah 24 jam. Tapi, rasanya, kalau terlebih jam pun budak tu tak kisah pun cuma janganlah ko terlebih sampai 8 jam. Pandai budak tu cari duit. 

Sekarang pun aku masih suka tonton cerita Korea dan Jepun cuma aku memilih sikitlah. Kalau aktor dia best, aktres best, bolehlah. Kalau hero tu jambu sangat errkkk... tak naklah aku tonton. Hero Korea ni kan kadang-kadang terlebih jambu. Kulit diaorang terlebih muluslah pulak dari kulit kita pompuan ni hahahaa... aku tak boleh terima hakikatlah pulak ada lelaki begitu hahahaa...

Masa study dulu, kalau pergi KL, bila bas tu berhenti kat Kotaraya, aku selalulah jugak bawah bangunan Kotaraya tu tengok-tengok CD Korea dan CD Jepun yang dijual di situ. Tengok je pun. Beli taklah sebab jimat duit.

Tu pasallah bila jumpa website macam www.gooddrama.net waahhhh terujanya aku boleh tengok cerita Korea dan cerita Jepun free. Cuma ko kena tunggu lama sikitlah sebab kena tunggu cerita tu loading dulu.

Sekarang nak tengok Gokusen III: cerita pasal cikgu pompuan, dia dari keluarga Yakuza di Jepun. Almaklum, aku kan cikgu, bila tonton cerita cikgu macam ni, kononnya semangat nak mengajar tu boleh naik sikitlah kan... hmmphhh...

Nah aku senaraikan cerita-cerita yang patut ditonton oleh cikgu-cikgu khususnya cikgu yang dah lemah semangat nak mengajar macam aku kahkahkah...

Gokusen I (Jepun)


Gokusen II (Jepun)
Gokusen III (Jepun)
GTO (Jepun)
The Teacher's Diary (Thailand)
Taare Zameen Par (India)


Laskar Pelangi (Indonesia)


Cikgu Gangster (Malaysia - drama)


Dead Poet Society (US)
Dangerous Mind (US)

Ada lagi tak filem atau drama yang best mengenai cikgu yang korang tahu, selain dari yang kat atas tu?


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei