Saturday, January 31, 2015

sekolah pedalaman vs sekolah bandar

at 12:02 PM
Assalamualaikum

Sekarang ini musim cikgu-cikgu baru diposting ke sekolah-sekolah kan. Hopefully, bertabah hatilah kalau kena sekolah yang jauh dari rumah, di kawasan pedalaman yang takde elektrik takde air paip, coverage handphone pun kejap ada kejap takde. Itu semua kalau diimbas balik satu hari nanti, akan jadi satu pengalaman yang sangat berguna.

Seorang kenalan kawan aku dapat posting di Sabah. Pulau. Pedalaman 3 lagi. Tapi bila aku tengok gambar sekolah, Ya Allah... cantiknya. Tepi laut. Nampak dari kejauhan air laut dan langit yang membiru. Serius, cantik sangat. Dan tiba-tiba saja aku jadi teringin nak mengajar di sekolah pedalaman.

Ya. Mesti korang akan kata, nanti dah dihantar betul-betul ke sekolah pedalaman, kang meraung jugak. Asyik cakap nak balik, nak balik, pastu tiap tahun mesti isi EG Tukar nak mintak tukar agar dapat sekolah yang dekat dengan rumah.

Kalau diberikan pilihan, aku nak mengajar di kawasan pedalaman. Sebab? Bagi aku itulah pengalaman paling indah kau bergelar seorang guru. Lepas 5, 6, 7 atau 10 tahun, rata-rata guru yang mengajar di kawasan pedalaman akan dapat bertukar ke sekolah bandar atau sekolah yang-takdelah-pedalaman-sangat. Pengalaman mengajar di pedalaman tu memang akan jadi kenangan-yang-tak-boleh-dilupakan gitewww...

Kenapa ya aku kata bes?

Aku mengajar di sekolah kawasan luar bandar. Sekolah kecil. Sekolah papan, tapi dekat dengan bandar. 20 km je memandu, pecut sikit kereta tu sampailah ke rumah. Cuma sekolah aku tu dalam kawasan kampung, itu yang dapat title luar bandar.

Seronok mengajar sekolah kecil begitu. Bertahun aku mengajar di situ, banyak pengalaman yang aku kutip. Sikit-sikit aku kumpul pengalaman tu, dan ya, sebahagian pengalaman aku mengajar tu aku simpan, aku tulis, dah akhirnya siap jadi sebuah novel kekekee...

Err... sebahagian dari pengalaman mengajar akulah, takdelah semua aku bubuh dalam novel tu.

Okay okay... berbalik pada tajuk karangan kita hari ini. Aku cerita yang baik-baik saja ya. Yang buruk-buruk aku tak nak cerita, sebab aku tak suka fikir pasal yang negatif amboiii... mengade hahahaa...


Sekolah pedalaman:

1. Kalau kena yang betul-betul pedalaman, macam pedalaman 1, 2 atau 3, ada elaun kesukaran. P1=RM500, P2=RM1000, P3=RM1500. Okay... boleh kumpul duit buat belanja kawin.

2. Sekolah jauh dari bandar, jauh dari shopping complex. Sekali lagi, jimat duit. Mata tak rambang. Ko mengajar, ko balik rumah, ko mengajar, ko balik rumah. Duit gaji berkepuk dalam bank. Fuh... duit lagi.

3. Naik bot ekpress, bot pancung, naik sampan, sekolah yang hanya boleh diakses dengan 4WD (jangan harap nak pergi sekolah naik Vios), kasut high heel err... apa itu kasut high heel... itu semua pengalaman yang takkan dapat di sekolah bandar. Well, kecuali naik 4WDlah. Sungguh, aku nak semua pengalaman tu, sebab aku jenis yang dapat MENULIS kalau aku SENDIRI alami semua pengalaman tu. 

PENGALAMAN ---> SANGAT BERHARGA tahu tak... tak dapat dijual beli. Baca dari buku tak sama dengan kau alami sendiri. Tahniah pada guru-guru yang pernah lalui semua pengalaman ini.

4. Tahap kekreatifan akan bertambah. Bila pelbagai sumber takde, kau akan jadi sangat kreatif. Sila rujuk filem Laskar Pelangi part budak-budak buat persembahan tarian. Nanti korang fahamlah. Sekolah kami pernah buat aksi yang sama. Budak prasekolah buat persembahan, sebab takde duit takde bajet nak buat kostum, jadi kami guna daun ketupat yang dianyam jadi skirt, jadi crown kepala, jadi perhiasan leher. Betul-betul kami buat macam Laskar Pelangi.  

5. Student sedikit. Ada harapan untuk sentiasa dapat kelulusan 100%. Sekolah pedalaman selalunya cemerlang tahu tak. Tengok SK Ulu Lubai. Murid-murid pandai bertutur dalam BI, ---> pernah masuk TV pasal ini. Sekolah kawan aku, pedalaman 2, sekarang dalam proses penilaian nazir untuk dapatkan Baiah. Sekolah kawan aku yang sorang lagi, juga di pedalaman, 18 calon UPSR (2 tahun lepas). Semua lulus. 8 orang 5A. Ada beberapa orang 4A. Selebihnya 3A. Okay... itu sangat hebat.



Apesal buat entry ini?



Blame it on The Teacher's Diary. Aku dah terasa nak mengajar kat boathouse pulak dah. Cuma part terjun dalam air untuk tarik mayat tu aku tak sanggup errkkk...



0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei