Thursday, August 28, 2014

Tab atau iPad?

at 12:43 PM
Secara jujurnya aku lebih suka dengan iPad. Sebab kameranya lebih terang berbanding tab. Tab itu keluaran Samsung. Kalau iPad keluaran Apple.
 
Aku beli Samsung Note 8. Oklah. Tapi kualiti kamera agak mengecewakan sebab tak terang kecualilah kalau lighting kau terang-benderang. Kalau tanpa lighting, memang agak kabur, kurang jelas walaupun 5MP. Sebenarnya iPad aku tak pasti, tapi setakat ini, kalau iPhone, memang gambar sangat jelas. Ini perbandingan aku bila lihat gambar-gambar di Instagram amboiiii... mentang-mentang dah gila dengan Instagram sekarang.
 
Tapi, kalau korang nak penggunaan secara maksimum, memang aku suka dengan Samsung Note 8. Boleh taip-taip, tak besar, tak kecil, ringan boleh duduk dalam handbag aku dengan selesa. Lepas itu banyak aplikasi yang boleh didownload secara percuma. Cuma dari segi pilihan casing memang tak banyaklah. Casing kat luar tu banyak yang jual untuk iPad.
 
Sedang dok fikir nak beli yang mana satu? Kalau korang suka yang banyak kegunaan terutamanya untuk kerja-kerja atau simpan temujanji cehh... silalah pilih Samsung Note atau Samsung Tab. Aku cadangkan jangan ambil yang 10 inci. Berat tau.
 
Tapi kalau nak kualiti kamera yang memukau, silalah ambil iPhone. Gerenti berbaloi.
 

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei