Friday, August 24, 2012

plaster ceiling

dihikayatkan oleh... ~ wawa di sini ~ at 6:35 PM
Assalamualaikum

Kalau dekat-dekat nak raya mesti orang sibuk buat renovation rumah itu ini kan... semangat nak mengecat menjahit memasak mendekorasi semuanya membuak-buak. Kami sekeluarga pun macam itu juga ahahaa... tapi tak adalah bagai nak rak.

Tahun lepas buat plaster ceiling kat rumah. Selama ni terpegun semacam bila tengok rumah orang lain ada plaster ceiling yang ukir-ukir bunga-bunga dan lampu siling dan kipas siling yang cantik. 

Mungkin ada sesiapa kat sini nak tahu berapa anggaran buat plaster ceiling ni kan. Nak kata mahal, ikut pada kemampuan diri sendirilah. Ada yang kata RM1000 tu mahal, ada yang kata RM1000 tu murah. Bagi aku, setiap sen yang dikeluarkan mesti berbaloi hehe mak aku kan berniaga, jadi setiap modal itu kena ada untung.

Okaylah... rumah keluarga aku jenis teres dua tingkat. Kalau dulu-dulu boleh beli kurang RM100 000. Sekarang nak dapat rumah saiz macam ni dengan harga macam tu memang takkan dapat punya. Yang teres setingkat pun dah lebih RM150 000. Itu kalau kat Kuching, Sarawak ni la.

Mak bapak aku nak buat plaster ceiling kat ruang tamu rumah dan tempat makan. Tak besar. Sederhana je luasnya. Dining tu sambung sekali dengan ruang tamu.

Perubahan yang kami buat:

1) Tingkat bawah semua letak plaster ceiling + cornice plain + 8 down light.
2) Kipas angin yang sekali ada lampu tu letak 2 buah, satu kat ruang tamu, satu kat ruang makan, tapi yang yang kat ruang makan tu memang dah lama beli.
3) Dome ada 2: kat atas kipas angin berlampu. Harga satu dome, aku sendiri yang pilih, lebih kurang RM50+. Aku pilih corak-corak dan warna putih sebab kalau amek yang warna-warni, nanti cat pudar kena cat semula. 

Contoh dome kat bawah ni. Tempat kipas tu bergantung. Cantik kan. Ni amek kat cik google.

4) Wiring amek orang luar sebab tukang yang buat plaster ceiling ni tak provide wiring. Wiring dia charge ikut point. Dia kena atur 2 point, so kos ialah RM60 satu point.

Jumlah semua kos ialah RM2100. Kos asal sebenarnya RM1600. Tapi sebab beli kipas angin berlampu, RM300, campur wiring dan kos kecik-kecik lain, maka secara kasar ialah RM2100.

Secara jujurnya memang puas hatilah dengan tukang yang buat ni. Sambungan setiap cornice pun tak nampak, kemas je kerjanya. Cornice kami pilih yang plain tak nak yang bunga-bunga sebab nanti payah nak sapu tinggi-tinggi sawang labah-labah yang melekat.


Macam kat atas itulah jenis cornice kat rumah kami. Tapi yang kata atas itu pun amek dari cik google haha... aku nak snap gambar siling rumah tak dapat sebab kamera aku full memory. Takleh baca memory card. Mungkin sebab hari tu ustaz pinjam memory card aku 2 kali masuk dalam kamera DSLR dia kut. Tunggu aku beli benda alah kat bawah ni nanti ya:


Simple kan cornice tu. Nak bunga-bunga ada, harga kena bayar lebih sikitlah.

Buat plaster ceiling ni sebenarnya bukan apa, supaya boleh bagi siling rumah nampak kemas sikit. Kalau rumah nampak kemas, hati pun senang, betul tak.





                       

14 jika kau rasa:

salwa on 3:44 PM said...

salam, guna kontraktor mana ye? boleh share tak?
email- nursalwazailani@gmail.com
tQ :)

Anonymous said...

Boleh minta nombor. Tepon tukang molah cornis ya..

~ wawa di sini ~ on 1:01 PM said...

salwa...
saya dah email no. telefon.

Anonymous,
bagi saya email address awak.. nanti saya send through email ya.

seth on 4:07 PM said...

assalam, tlg share no phone contractor..tq.

email : mohdseth@gmail.com

Anonymous said...

Salam dy pn tringin psg plaster ceiling. Thh survey. Boleh bg nm n no telf contractor? Terima kasih!

Islia Ishak on 12:32 PM said...

salam, tlg share no kontraktor. thx
isliaishak@gmail.com

fadlan on 4:52 PM said...

Salam. Boleh share info contractor.. fadlanshah@gmail.com

~ wawa di sini ~ on 6:13 PM said...

Kontraktor ni dari Kuching, Sarawak. Takpe ke. Kalau nak dia buat, dia boleh buat area Kuching ni ajelah rasanya.

ady said...

salam wawa.. boleh kmk minta no kontraktor ya.. kmk kat kuching

ady said...

boleh x bg no kontrakor nie
email ady338@yahoo.com.. thanks

~ wawa di sini ~ on 11:47 AM said...

Ady..

kamek dah email dah no phonenya..

ady said...

thanks wawa.. tp kmk pon lom dpt email ya..

Anonymous said...

salam,,boleh minta contact kontraktor tu ? TQ

muadzammahmod@yahoo.com

Anonymous said...

boleh x bg no kontrakor nie
din_masaru@yahoo.com.. thanks

 

JikA kUtuLis di siNi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei