Friday, December 02, 2011

di Hong Kong...

dihikayatkan oleh... ~ wawa di sini ~ at 9:05 PM
Musim cuti-cuti sekolah begini kadangkala bosan juga kalau asyik duduk di rumah tengok TV-makan-surf internet-berkebun-tido-makan lagi. Kadang-kadang ade gak aku menyulam manik di baju kurung, hobi terbaru aku, tapi takkan 24 jam asyik dengan manik jek. Buku-buku yang dah berhabuk di gobok buku pun abis aku selongkar, ulang baca dah berapa kali. Cerita Korea dah malas dah nak tengok. Kena cari hobi terbaru nampaknya. Nak pegi melancong makan duit, aku nak hobi yang boleh mendatangkan duit.

Oleh yang demikian, kelmarin, bersamaan dengan Khamis, 1.12.2011, aku telah mendaftarkan diri masuk kelas menjahit ahaksss...

Nak cari tempat yang ajar jahit ni agak susah kalau kat Kuching ni. Bagi akulah. Sebabnya takde iklan besar-besaran.

Mulanya, minggu lepas aku telefon satu kedai jahit di Kuching ni, milik orang Melayu. Salmah's Tailor nama kedai tu, kat Gita, Kuching. Kakak tuan punya kedai tu cakap, memang dia ada ajar orang menjahit, bagi yang memang takde asas menjahit macam aku memang dialu-alukan. Kelasnya ikut jam: sebulan 16 jam, yuran RM80. Seminggu belajar 4 jam. Jadi kalau sebulan (4 minggu), ada 16 jamlah. Purata RM5/jam. Kalau macam aku ni, cikgu.. dia kate boleh amek kelas tiap hari. Selalu belajar, cepat pandai. Belajar mula dari jam 9 - 1 pm, 4 jam sehari. Isnin - Khamis. So, seminggu dah dapat 16 jam = RM80. Then minggu seterusnya, bayar lagi RM80 untuk another kelas 16 jam... korang paham tak? Paham, bagus. Memang cerdik. Jadi, aku kira, kalau aku mula minggu depan, aku ada baki 3 minggu sebelum sekolah mula, maknanya aku kena habiskan RM240 untuk kelas menjahit ni. Kelas tu belajar sampai pandai. Aku cakap kat telefon dengan Kak Salmah tu nanti minggu depan (minggu inilah sepatutnya) aku datang nak daftar dan mula kelas.

Tapi hujung minggu lepas, hari Ahad, masa aku dan emak sedang jalan-jalan di Pasar Satok, emak tunjukkan aku satu kedai, Hong Kong Fashion, letaknya di Tingkat 1, bawah Hong Kong Fashion tu kedai jual ayam segar. Bangunan sebelah tu Secret Recipe. Hong Kong Fashion ni kat corner. Emak kata cuba tanya kedai tu, sebab ada papan tanda kat situ yang cakap mereka ada kelas menjahit. Aku amek jer nombor telefon kedai tu, tapi memang aku tak minat dengan kedai tu sebab keadaan luarannya yang agak usang. Cat putihnya dah pudar, lepas tu papan tandanya pula salah eja. Oleh kerana bangunan di kawasan Satok ni agak lama, maka pintu masuk ke Tingkat 1 mereka bukan dari arah depan, tapi dari bahagian belakang bangunan. Memang kalau tengok faktor luaran, tak mesra alam langsung kedai jahit tu.

Rabu lepas, baru aku teringat nak telefon Hong Kong Fashion tanya pasal kelas yang mereka ada. Kata wanita Cina yang jawab tu, mereka ada kelas setiap hari, kalau pagi 8-11:30. Kalau petang 1:30 - 4:00. Kalau nak dapat sijil, masuk kelas yang yurannya RM850. RM350 bayar dulu, then bulan seterusnya boleh bayar RM100 secara beransur-ansur sebanyak 5 kali. Habis bayar, boleh terus belajar tapi masa ialah 1 tahun 6 bulan. Ada ujian akan dijalankan di Kuching Park Hotel wahhh besnya hehee... Dia sarankan aku masuk kelas bulan Disember, maknanya mula daftar 1.12.2011.

So, semalam aku pegi daftar kelas, bayar RM350 + RM49.80 (untuk buku nota + alat menjahit). Kelas aku bermula hari ini, Jumaat. Aku datang pagi tadi, 8-11:30 pagi. Lepas tu Madam Lim tu (owner Hong Kong Fashion merangkap tenaga pengajar), minta aku datang petang sebab minggu depan kan aku tak dapat datang kelas sebab I pegi KL wihiiii... cuti-cuti Malaysia... Jadi petang tadi aku datang lagi sambung belajar lagi dari jam 2-4:30 petang.

Nanti balik dari KL, kenalah datang kelas setiap hari pagi petang siang malam kalau nak pandai. Hari ini tadi belajar amek ukuran badan, lepas tu buat skirt labuh A-line yang simple tu. Bolehlah... harap-harap dah habis kelas nanti boleh jahit baju kurung sendiri. Nanti tak payah upah orang lagi untuk jahitkan baju kurung aku.

Madam Lim tu baik sungguh, sabar je ajar student mengong cam aku. Nasib baik aku terer Matematik, jadi cepat faham bahagian ambil ukuran. Nasib baik aku suka subjek Lukisan, maka boleh melukis pelan skirt dengan cantik haha...

Pagi tadi ada 7 orang student termasuk aku. Petang tadi ada lagi 4 orang student yang aku tak kenal, muka lain dari yang datang pagi tadi. Waahhh... sungguh pun bangunan rumah kedai ni nampak usang dari luar, ramai juga yang datang belajar kat sini ya. Itulah, lain kali, ape kata omputih? Don't judge the book by its cover... nah amek kau... walaupun bila aku kat dalam kelas tu aku terasa seperti berada di dalam filem Hong Kong zaman Jacky Chan masih 20-an, tapi Hong Kong Fashion ni bukan calang-calang kelas menjahit tau.

Emak suka aku belajar kat sini sebab tempat ni guna ukuran dalam inci. Lepas tu cara Madam Lim tu ajar memang sistematik. Setiap student mesti ada alat menjahit sendiri macam pembaris, kapur tulis atas kain, buku nota, pensel, pemadam, semua lengkaplah. Kalau takde, boleh beli dengan Madam Lim, contohnya tadi aku takde tracing paper. Dia akan keluarkan tracing paper dia satu set, tapi kena bayarlah. Takde mahal, sama lebih kurang je dengan harga kat kedai biasa.

Seronok rupenya jadi student balik. Tak jadi nampaknya aku nak belajar di Salmah Tailor tu hehe.

3 jika kau rasa:

ceritera-chinta on 5:20 PM said...

tq tau buat n3 pasal nie, dah dekat dua tahun dekat kuching nie mencari kurusu jahitan hehe....lepas baca n3 nie terus cari dekat satok petang tadi, n terus daftar.....
tq sangat2....isnin nie mula kelas, tapi petang saja, pagi penuh sudah ^_^

must2ra on 8:59 PM said...

best2..nak join jugak la.mmg tgh cari tmpt bljr menjahit kat area kuch ni.thnx for sharing:p

Solehah Ahmad on 12:23 PM said...

Ada buat jahitan sik?

Jika ada, blh cntc sy 016-6653717.
Msg only.

Terima kasih.

Solehah Ahmad

 

JikA kUtuLis di siNi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei