Monday, June 06, 2011

...kain kapas

dihikayatkan oleh... ~ wawa di sini ~ at 5:52 PM
Hai. Assalamualaikum. Sibuk betul cikgu ni ya? Dah lama cikgu tak update blog. Cikgu buat ape cuti-cuti macam ni. Sah-sah cikgu makan tidur tengok TV facebook betul tak?

Terasa cuti kali ni best sangat walaupun tak keluar berjalan-jalan bercuti riang gumbira ke tempat-tempat peranginan macam sesetengah orang. Kawan-kawan, sedara-mara aku semua ada yang sampai ke Indonesialah, Chinalah, Vietnam, dan mana-mana negara lagi yang reachable dgn Air Asia melancong. Aku terperuk je kat rumah tapi even duduk terperuk kat rumah still buat aku rasa sangat seronok. Kalau tahun-tahun lepas, asal cuti jer mesti aku sibuk attend kelas kat IPGM, then sibuk dengan assignment sampai larut malam, sekarang seronok betul, boleh buat apa yang aku suka masa cuti. Nak bangun kul 8 pagi, tengok TV sampai tersembul biji mata, makan sampai bulat hahaa... takde hal sekarang.

Sekarang ni asal bukak Internet jek, mesti mata aku rambang nak membeli-belah secara onlina. Senang dan mudah sungguh. Klik jer kalau nak beli, tak yah susah payah nak siap-siap pakai baju tudung segala bagai, start enjin keta carik tempat parking, pastu kalau takde tempat parking mulalah muka terherot-herot cam makan asam, then penat kaki jalan sana-sini carik yang berkenan di hati.

Kali ini semuanya sungguh mudah, pegi je kat mana-mana blog, pilih item, bukak another blog lagi, compare harga termasuk kos pos. Kalau terasa budget bulan tu melambak-lambak, maka klik jer dan cakap ko nak beli ape. Lepas tu transfer duit ke akaun orang tu. Within 48 hours, tu paling cepat, item tu sampai depan mata ko. Waahh... senang sungguh.

Lepas tu kualiti setanding dengan yang ada di kedai-kedai offline, malah boleh dapat lebih murah. Tapi kengkadang tu ada gak diaorang ni mark up harga tinggi-tinggi sampai aku rasa macam tak patut kalau dibandingkan dengan kualiti benda tu. Contoh paling nyatalah, aku kan suke beli kain kapas. Sekarang ni trend buat baju kurung dengan kain kapas tapi bukan kain kapas macam yang mak korang buat alas meja sarung bantal tu ye. Ini kain kapas Jepun, tak pun kain kapas Vietnam.

Paling aku terasa macam tak patut ialah harga kain kapas Vietnam. Rata-rata seller letak harga sampai RM90 sepasang, maknanya RM22.50 semeter. Mahal gile... kapas Jepun yang lagi jauh berkualiti pun lebih murah dari tu. Aku pernah beli sepasang kain kapas Vietnam, dah buat pun baju kurung dan kasihannya bila aku cuci mesti mengecut, asal cuci jer mesti mengecut. Yea aku tau, kena dry cleaning maknanya tu tapi kalau nak hantar just sepasang tu jer ke kedai dobi semata-mata nak dry cleaning, korang rasa berbaloi tak. Mungkin berbaloi kut, sebab dah terbeli kapas Vietnam yang harganya RM90.

Lepas ni, malas dah aku nak beli kapas Vietnam, bukan sahaja sebab kainnya mengecut, tapi pasal baru 3 kali pakai dan 3 kali cuci, dah koyak huhu... kainnya nipis sangat. Tak berbaloi dibeli dengan harga sebegitu. Then, harga RM90 tu aku rasa tak sepadan dengan kualiti kain yang agak nipis. Aku tau harganya jauh lebih murah, sebab ada blog yang boleh jual dalam RM60 sepasang tapi belian secara borong. Takpe ah.. kalau aku nak beli kain kapas pun, aku akan beli kapas Jepun, count thread dia lagi banyak, maka kain lebih tahan lasak.

Okaylah sebenarnya nak buat entry pasal cuti tapi ter'merepek' pulak pasal kain kapas.


0 jika kau rasa:

 

JikA kUtuLis di siNi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei